Monday 17 November 2014

Lagu Terbaik Dari Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu

Touching habissss dengar lagu ni. (Dituju khas buat suami tercinta). Banyak kali gak ZR repeat. Memang sangat-sangat best.





Rasaku Kamu Ada

Disetiap Sedih Juga Senangku
Rasanya Kamu Sudah
Menjadi Bintang Terang Hidupku

Tuesday 28 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 35

Assalamualaikum...mood kureng ari ni...tapi blog tetap menjadi poooojaan hatiku...ok la, macam yang ZR gtau dalam post yg lepas, ni bab terakhir JSK yang ZR post kat blog...TETAPI....haaa ada bab special yang ZR akan post jugak...tapi sikit aje la...nanti tak surprise lak...bernoktahkah atau tidak cinta Dhiya dan Amar pada majlis AMM tu? Jom, ikuti sambungan kisah cinta Dhiya ni...


Bab 35



PAGI itu sebelum pergi kedai, aku bawa semua yang Amar beri untuk aku pakai malam nanti. Aku akan bersiap di kedai saja. Mungkin aku kena pergi lebih awal untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. 

Thursday 23 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 34

Bab kedua terakhir yang akan ZR post kat blog ni...Insha-ALLAH, kalo ada rezeki dalam versi cetak pulak...mana lah tahu kan..doa2kan ye...hehe...



Bab 34



KETIKA aku bersiap untuk tutup kedai, Amar datang dengan wajah lesunya. Mungkin dia penat. Aku biarkan dia masuk. 

Tuesday 21 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 33

Sunyi pulak bila budak-budak cuti...tapi ZR tetap kena kerja...sambil-sambil tu kena rehat2kan minda ni...ok, ni sambungan bab 33...selamat membaca ye



Bab 33



“DUA minggu aje lagi. Aku tak tahu apa keputusan aku.” 

Monday 20 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 32

Hai....selamat berhujung minggu...ni sambungan JS untuk mencuci mata anda ye...peace yo!



Bab 32



AKU berlari masuk ke dalam pasar raya apabila hujan turun tiba-tiba. Nasib baik tak sempat basah. Ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba hujan turun. Mama minta aku belikan barang dapur. Semua barang yang nak dibeli dia hantar melalui SMS. Jadi aku kena jalankan misi aku sekarang.

Tuesday 14 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 30 & 31

Hai hai.....JODOHKU SUPERSTAR  akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi. Jadi ada empat bab lagi yang akan ZR post kat blog ni. Semoga terhibur ye....



Bab 30




SELEPAS hidangkan air, aku duduk bersama Amar di ruang tamu. Dia ada sesuatu yang nak diberitahu kepada aku. Macam penting.

Wednesday 8 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 29

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha ZR ucapkan...okey, ni ada entry baru untuk JODOHKU SUPERSTAR...enjoy k...


Bab 29




AKU kembali bekerja selepas beberapa hari bercuti. 

Wednesday 1 October 2014

JODOHKU SUPERSTAR 27 & 28

Ikuti sambungan JODOHKU SUPERSTAR.....moga terhibur ye.....



Bab 27




AMAR terpaku di pintu ketika mahu keluar ambil udara. Aku hairan kenapa Amar terkejang di situ. Aku pergi dekat dengannya dan aku turut kejang melihat keadaan di luar. Sudah macam perhimpunan di sekolah pula. Achik dan adik tersengih-sengih ke arah kami. Aku pandang Amar.

JODOHKU SUPERSTAR 26


Bab 26



MIMPI ke apa ni? Aku dengar suara riuh-rendah di luar rumah. Aku sambung tidur. Penat. Mungkin bermimpi lagi. Namun, keriuhan itu makin mengasak telingaku. Tidurku terganggu. Aku bangun dari katil dan mengintai di tingkap. Aku terkedu.

Tuesday 23 September 2014

JODOHKU SUPERSTAR 25

Superstar datang lagi!!! Ni dia sambungan bab 25....sebenarnya ZR bayangkan muka Amar Affandy tu macam sorang penyanyi K-POP tau....saje nak bayangkan bagi bersemangat sikit....Hmmm ensem kan?? Okey....ikuti sambungan SS ni ye. 




Bab 25




DALAM keadaan macam ini, aku tetap berkeras mahu pergi kerja walaupun mama melarang aku pergi. Aku bosan duduk sendirian di rumah. Kalau aku kerja, sekurang-kurangnya aku dapat lihat orang dari dalam kedai. Aku juga nak jumpa pak cik seringgit tu. Manalah tahu dia datang ke.

Wednesday 17 September 2014

JODOHKU SUPERSTAR 24








Bab 24 



HUJAN turun di luar bangunan. Aku berdiri di tepi tingkap apabila aku sudah boleh berdiri dan berjalan menggunakan tongkat. Nak turun ke bawah, rasa macam menyusahkan. Aku terus melihat titisan hujan yang agak lebat mencurah ke bumi. 

JODOHKU SUPERSTAR 23

Belum terlambat untuk ZR ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA yg Ke-51. Semoga rakyat Malaysia terus bersatu padu demi negara tercinta. Selalunya ZR post e-novel aje kt blog. ZR baru pandai ber-blogging. Jutaan terima kasih ZR ucap kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke blog ni. 



Bab 23



BILA aku sedarkan diri, kepalaku rasa berat. Pandangan masih samar. Aku lihat sekelilingku berwarna putih. Aku cuba ingat kembali apa yang terjadi kepadaku tadi. Ya, aku terjatuh dari skuter dan ada seseorang yang tolong aku tadi. Siapa ya? Amar ke? Tapi tadi bukan suara Amar. Tak mungkin juga Shah. Siapa ya?

Thursday 11 September 2014

JODOHKU SUPERSTAR 22



Bab 22



WALAUPUN Amar cuba mendekati aku, aku belum yakin dengan dia. Aku masih boleh buat pilihan untuk diri aku. Hari ini, Puan Dina telah tetapkan masa dan tempat untuk aku dan Shah berjumpa. Aku tak kisah. Aku juga nak berjumpa orang yang hebat seperti Shah.

Monday 8 September 2014

Wednesday 3 September 2014

JODOHKU SUPERSTAR 20



Bab 20



RUTIN harianku bermula semula di kedai. Aku masih seorang diri di kedai menunggu pelanggan datang. Bila bosan, aku layari Internet. Aku taip nama Amar Affandy pada ruangan search. Serba-serbi cerita keluar tentang Amar. Termasuk gambar-gambar dia. Lagu-lagu dan kulit album. 

JODOHKU SUPERSTAR 19



Bab 19



AKU berpeluk tubuh di dapur sambil perhatikan mama menghidangkan beberapa jenis juadah. Sejak tadi aku tertanya-tanya kenapa mama memasak begitu banyak makanan sedangkan cuma kami berdua di rumah. Bila aku nak membantu, mama halau aku dari dapur. Dia suruh aku pakai cantik-cantik. Rasa hati makin pelik.

Monday 1 September 2014

JODOHKU SUPERSTAR 18



Bab 18



PUAS melangut, tiba-tiba pintu kedai diketuk. Dilihat ke luar dan aku ternampak kelibat seorang lelaki yang tidak aku kenali sedang memegang jambangan bunga. Pada pemerhatian aku, lelaki itu berusia awal 20-an. Dengan malas aku bangun dan membuka pintu. Aku yakin dia bukan pelanggan kedai ini.

JODOHKU SUPERSTAR 17



Bab 17



AKU telefon mak di kampung. Berdebar menunggu panggilan dijawab. Mana mak pergi ni? Cepatlah jawab. Aku ada berita baik nak beritahu mak. Panggilanku tak berjawab. Aku cuba lagi. Mungkin mak tak sempat jawab. Nyaris-nyaris saja panggilan terputus, mak pun jawab. Aku menghela lega.

Tuesday 26 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 16



Bab 16



“SEDAPNYA ayam kicap mama,” pujiku ketika menikmati nasi panas dengan ayam masak kicap air tangan mama. Berserta sup sayur. Setakat kami berdua yang makan, lauk pun ala kadar saja.

JODOHKU SUPERSTAR 15



Bab 15



ADA e-mel daripada Khalif. Aku baca. Kali ini dia kongsikan artikel tentang perkahwinan. Aku baca dengan teliti. Daripada sebelum akad nikah hingga selepas kahwin. Daripada tanggungjawab suami hingga ke tanggungjawab isteri. Aku rasa dia mahu aku baca sebagai persediaan. Okey. Aku mula tahu serba sedikit tentang tanggungjawab isteri. 

Sunday 24 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 14


Bab 14



MENGANTUKNYA. Mulut ni ternganga seluasnya dan tangan mendepa kiri dan kanan. Meluruskan segala urat saraf. Ah, leganya. Mengantuk betul hari ini. Satu kerja pun tak boleh buat. Mata sudah layu. Rasanya semalam tidur awal. Punyalah aku mengelat tak mahu tolong mama kira stoknya.

JODOHKU SUPERSTAR 13


Bab 13



KALI pertama selepas lebih kurang dua bulan, aku dan Khalif bertemu. Katanya dia nak kenalkan aku kepada seseorang. Aku hanya teruja untuk bertemu Khalif.

Monday 18 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 12




Bab 12



TAK siapa dapat jangka rezeki yang Allah nak berikan. Sejak aku berjumpa dengan Amar, dia dengan sukarela menjadi stokis dan akan jualkan produk mama kepada peminat-peminatnya. Dengan cara ini, jualan mama akan meningkat. Keuntungan pun banyak. Mama pula bertambah sibuk.

JODOHKU SUPERSTAR 11



Bab 11



SERABUT. Memang serabut. Tertekan. Aku tak tahu kepada siapa aku nak luahkan. Kepada cinta hati aku, takkan sekali-kali. Lagipun ini masalah yang aku cari sendiri. Aku dan Fafa jadi renggang. Amar pun tak ada mesej atau telefon aku lagi. Aku lagi suka kalau dia sudah tak ganggu hidup aku. Tapi hari tu Amar cakap yang dia belum selesai dengan aku. Maknanya, dia akan ganggu aku lagi?

Thursday 14 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 10


Bab 10



DUA hari aku tertunggu-tunggu mesej daripada Amar. Kata nak beritahu di mana dan bila nak jumpa. Dia ni betul ke tak? Ke dia sibuk sangat sekarang? Aku takut tiba-tiba nanti dapat surat saman saja. Hisy... risau juga.

JODOHKU SUPERSTAR 9


Bab 9



SAMPAI di rumah, senyap-senyap aku masuk dalam rumah memandangkan keadaan gelap. Mama mesti sudah masuk tidur. Aku tolak pintu perlahan-lahan dan tutup pintu lagi perlahan. Takut berbunyi nanti.

Tuesday 12 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 8



Bab 8



MANIC Sunday! Selalu orang sebut manic Monday. Tapi hari ini, ia adalah manic Sunday. Semua ni kerja gila Fafa yang nak aku hadir ke Konsert Mini Amar Affandy. Aku langsung tak rela untuk ke sana. Ya Allah, ampunkan aku untuk kesalahan kali ini. Aku takkan ulangi lagi. 

JODOHKU SUPERSTAR 7



Bab 7



DENGAN berat hati, aku tinggalkan kampung halaman. Bukan keluarga yang aku rindukan tetapi Khalif. Kehadiran dia betul-betul menghantui perasaan aku sekarang. Kalau tak silap, dia juga dalam perjalanan ke Gombak. Esok dia akan melaporkan diri di UIA kampus Gombak.

Sepanjang perjalanan, kami sepi tanpa suara. Mama berikan sepenuh tumpuan pada pemanduan. Perjalanan pun terasa lambat. Serius, aku banyak mengelamun. Teringatkan Khalif. Bila agaknya kami akan berjumpa lagi?

Sebelum bertolak balik tadi, Khalif datang ke rumah dan mahu berjumpa denganku. Memang mengejutkan tetapi aku rasa gembira juga. Cuma bila depan dia, aku kontrol ayu. Dalam hati melompat-lompat.

“Assalamualaikum,” ucapnya. Di tangannya terdapat sekeping sampul. Entah apa isinya. Aku pun tak berminat nak ambil tahu.

“Waalaikumussalam.” Aku membalas. Perlahan aku berlabuh di atas tangga. 

Dengan baju-T Muslimah paras paha dan kain sarung, aku pastikan kain tu tak terselak. Sehabis elok aku duduk. Aku belum bersiap lagi. Sekejap lagi nak bertolak balik ke KL.

“Dhiya, abang nak bagi ni.”

Surat tu. Untuk aku rupanya. Khalif hulurkan sampul berwarna putih kepadaku. Aku memandangnya dengan kerutan di dahi. “Apa ni?”

“Tak ada apa-apa. Nanti sampai KL, Dhiya bacalah,” pesannya.

Dalam fikiran, aku tertanya-tanya apa isi kandungannya. Syair ke, sajak ke, pantun dua kerat atau apa?

“Kalau baca sekarang tak boleh ke?” Aku cuba tawar-menawar. Sulit sangat ke sampai tak boleh baca sekarang?

Khalif gelengkan kepalanya. Dengan senyuman sederhana, menampakkan lagi ciri lelaki beriman. Penuh dengan nur pada wajahnya. “Boleh baca bila dah sampai sana. Abang harap Dhiya jujur.” 

Khalif buat aku serba salah. Baru saja niat nak mengelat. Aku ingat nak baca diam-diam di dalam bilik nanti. Tetapi, aku kenalah jujur. Ia satu amanah. Okeylah, aku akan baca bila aku sampai di KL nanti. Tak sabar juga nak tahu apa isinya. “Okey. Saya baca kat sana nanti.”

“Dhiya ada e-mel?”

“Mestilah ada. Kenapa?”

“Boleh bagi dekat abang? Senang nak berhubung nanti,” katanya.

Aku kerutkan dahi lagi. Berhubung melalui e-mel? Peliklah. Sekarang sudah ada macam-macam alat komunikasi yang mudah seperti telefon bimbit, kenapa nak alamat e-mel? 

Setakat bertanya dalam hati, aku takkan dapat jawapan. Aku ajukan soalan itu kepada Khalif. “Kenapa tak minta nombor telefon? Kan lagi senang.” 

Dia senyum. “Kalau abang nak nombor telefon, abang tak mintalah e-mel Dhiya. Tak apa. Bagi aje e-mel. Nak bagi nombor telefon pun boleh jugak.”

Hai... lebih-lebih pula. Tadi minta e-mel aje. “Okey. Awak tunggu kejap. Saya pergi tulis.”

Aku tak sedar aku tersenyum. Sampailah pipi terasa lenguh. Dan aku teringat surat yang Khalif berikan tadi. Terus aku geledah beg tangan. Nasib baik ada. Aku rasa tak sabar nak baca apa dalam surat itu. Lambatnya nak sampai KL.



LEBIH kurang lima jam, kami sampai di rumah dengan keadaan aku terlena dan berdengkur. Nasib baik mama kejutkan. Kami sampai kira-kira jam 2.00 petang. Aku menolong mama mengambil barang-barang di dalam bonet. Macam-macam yang mak bagi. Ikan pekasam, buah-buah kampung. Aku tak tahu siapa nak makan semua tu.

Setelah semua diangkut masuk ke dalam rumah, aku duduk di ruang tamu. Tetapi mama yang memandu dari Bukit Gantang ke rumah, bukan main lincah menyambung perniagaannya.

“Mama, kita baru sampai. Mama rehatlah dulu. Esok boleh pack semua tu.” 

Mama tak endahkan. Dia sudah mula ambil buku catatannya.

“Tak boleh. Mama kena hantar semua ni kat customer mama. Dia orang dah habis stok.”

Tak boleh nak cakap apa lagi. Mama memang jenis yang kuat bekerja. Siang malam cari duit. Aku perhatikan mama. Buat kira-kira lepas tu catat. Kira lagi kemudian catat. Tiba-tiba terlintas sesuatu di kepalaku. 

“Mama, kalau Dhiya jadi assistant mama, macam mana?” Aku lahirkan cadanganku. Pergerakan mama terhenti. Dia memandangku.

“Betul ni?” Wajah mama mula berbunga riang.

“Betullah. Dhiya ingat tak nak kerja kat company lagi. Kalau tolong mama, senang sikit. Masa fleksibel. Tak ada siapa nak dengki dengan Dhiya.” Aku jelaskan kepada mama kenapa aku tiba-tiba buat keputusan untuk bekerja dengan mama.

Mama tinggalkan buku catatannya dan datang kepadaku. “Eloklah. Sekarang mama pun tak ada pembantu. Permintaan makin bertambah. Pasal gaji, yang tu Dhiya jangan risau. Mama akan bagi dan ada bonus. Macam mana?”

Mataku galak memandang mama bila mendengar perkataan bonus. “Dhiya setuju.”

Mama tersenyum lebar lalu mendakap tubuhku. “Macam tulah anak mama.”

Dalam pelukan mama, aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu. Kasih yang ikhlas walaupun aku bukan anak kandungnya. Aku tak tahu macam mana nak balas semua ni terhadap mama.

“Bila Dhiya boleh mula kerja?”

“Sekaranglah.”



AKU duduk di birai katil bersama beg tangan. Ada benda yang aku nak ambil dari beg tanganku. Surat. Surat yang Khalif berikan pagi tadi. Sepetang aku menolong mama dengan stoknya. Sampai sakit pinggang.

Perlahan aku ambil sampul yang sedikit berkedut tapi tak begitu terjejas. Aku tenung dulu sampul tu dan belek-belek. Pusing-pusing kemudian tilik di bawah cahaya lampu. Macamlah nampak apa yang tertulis. Dengan rasa teruja, aku buka sampul yang dilekatkan dengan kemas. Memang tak bagi aku buka rasanya.

Di dalam sampul itu, ada sekeping kertas yang dilipat sama sisi. Aku keluarkan surat dari sampul dan membuka lipatannya. Aku terpempan melihat satu muka surat kertas itu penuh dengan tulisan. Setiap baris perkataan kubaca penuh penghayatan.

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Buat Dhiya yang diingati dan dikasihi.

Semoga Dhiya selamat sampai di rumah. Abang tahu, Dhiya mesti tertanya-tanya apa isi surat ni kan? Sekarang, Dhiya boleh tahu apa yang abang nak katakan pada Dhiya. Abang tahu, tak manis jika abang luahkan dalam sepucuk surat. Abang akui abang seorang yang pemalu. Kita kenal dari kecil. Tetapi baru sekarang Allah anugerahkan perasaan ini kepada abang. 

Dhiya, pertama kali abang pandang Dhiya tempoh hari, hati abang tertarik. Keletah Dhiya, perwatakan Dhiya, buat abang ingin mengenali Dhiya. Sejak tu, abang berhasrat ingin menyunting Dhiya sebagai isteri abang. Tapi abang takut Dhiya tak boleh terima. Abang tak harapkan balasan daripada Dhiya. Abang dah rasa lega dapat luahkan perasaan abang dalam surat ni. Jadi bila abang coretkan dalam surat ni, sekurang-kurangnya abang takkan tahu apa reaksi Dhiya bila abang luahkan isi hati abang.

Dhiya, abang akan terus berdoa pada Allah. Hanya Dia yang tahu. Abang juga nak Dhiya tahu, perasaan cinta dalam hati abang hadir kerana-Nya. Jika Dhiya sudi terima abang, Dhiya balaslah surat ni ke e-mel abang. Kalau Dhiya tak balas, fahamlah abang. Abang harap Dhiya dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik daripada abang.

Ikhlas daripada,

Muhammad Khalif bin Abdul Rasyid.

Aku tergamam. Kelopak mata bergenang. Jadi, benarlah apa yang Tijah katakan. Khalif memang menaruh hati kepadaku. Perasaan aku teramat gembira. Sukar aku nak gambarkan. Surat itu aku bawa ke dada. Khalif, dia miliki semua pesona pemimpin dambaan hidup aku.

Tanpa sedar, air mata kegembiraan berlinangan di pipi. Aku rasa cukup terharu. Tanpa berlengah, aku dapatkan laptop di meja tulisku. Broadband aku sambungkan. Aku akan membalasnya melalui e-mel. Aku akan katakan yang dia tak bertepuk sebelah tangan.

Aku coretkan perasaanku. Ringkas saja. Yang penting mesej yang aku nak sampaikan itu jelas. Aku harap Khalif tak salah ertikan. Aku tak menolak cintanya tetapi jika dia benar-benar ikhlas nak jadikan aku isterinya, dia kenalah berjumpa dengan kedua-dua orang tuaku. Cuma itu yang aku harapkan. Aku tak nak bercinta atau berpacaran. Bagi aku bercinta lepas kahwin itu lebih indah.

Sent. E-mel selesai dihantar. Aku menarik senyum terharu. Apa dia buat sekarang? Dia tengah fikirkan aku macam aku fikirkan dia ke? 



“ASSALAMMUALAIKUM.” Salam kuberi buat penghuni di dalam rumah. 

Masih segar di ingatan aku akan pesan ayah. Kita kena beri salam setiap kali masuk ke dalam rumah walaupun rumah itu kosong atau tak ada orang. Sebab di dalam rumah ada malaikat. 

Tubuh terasa kepenatan. Teringat pertemuan dengan Fafa tadi sebelum dia ke lapangan terbang, aku keluarkan sampul berisi tiket dari beg tangan. Bukan main kalut Fafa kerana terkejar-kejar berjumpa aku. Sehinggakan aku tak sempat bertanya apa-apa pada dia. 

Sambil mendaki anak tangga, aku teliti tarikh dan masa yang tertulis pada tiket itu. Terus aku semat di kelapa. Risau terlupa nanti. Sampul itu aku simpan kembali ke dalam beg tangan. 

Kakiku terus melangkah masuk ke bilik dan ambil laptop. Aku nak periksa e-mel, kalau-kalau ada e-mel daripada Khalif. Jangkaanku tepat. Ada tiga e-mel yang dihantar oleh Khalif. Dan beberapa lagi e-mel jawapan kepada permohonan kerja aku. Aku sudah tak berminat nak baca. Lagipun aku sudah selesa kerja dengan mama sekarang.

Dengan terujanya aku membaca setiap e-mel yang dihantar. Senyum kian melebar. Antara e-mel yang dihantar adalah kata-kata nasihat, perkongsian ilmu dan beberapa bicara hati ke hati. Kata-kata Khalif buat hati bertambah rindu. Aku baca satu per satu e-mel yang dihantar. Kemudian mata ni tertumpu ada satu perenggan dalam e-melnya.

Dhiya... 
Biarlah hubungan kita kekal begini sehingga ia halal di sisi Allah SWT. Supaya kita terhindar daripada maksiat dan hasutan syaitan. Dhiya tahu kan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Semoga kita tak lalai. Abang harap Dhiya jaga diri baik-baik. Hanya pada Allah abang memohon agar Dia jaga Dhiya untuk abang.

Ya. Dia mencintaiku kerana Allah. Dia juga serahkan segalanya kepada Allah untuk menjagaku dan menentukan jodoh kami. Sekali lagi hati kecilku tersentuh dengan kata-kata Khalif. Setiap ucapannya, dia tak pernah lalai daripada menyebut Allah SWT. Buat pertama kalinya, aku memanggilnya abang. Bukan awak dan saya lagi.

“Dhiya akan jaga diri Dhiya.” Aku bersuara dalam sebak. Semoga Allah juga menjaga hubungan ini.










Wednesday 6 August 2014

JODOHKU SUPERSTAR 6



Bab 6



“CANTIK.” Aku memuji Tijah yang sudah siap dimekap oleh Kak Mas. Tijah memang cantik dengan mengenakan tudung dan selendang. Dipadankan dengan baju labuh berwarna pic berlabuci. Anggun sangat.

JODOHKU SUPERSTAR 5



Bab 5



PAGI ni aku bawa mama ke pasar. Beli lauk basah. Lagipun mama nak masak untuk tengah hari ini. Dalam pasar, mama mencari udang segar dan juga ayam. Tak lupa juga ikan pekasam kegemaran ayah. Di bahagian basah, ada longgokan udang, sotong, ketam, pelbagai jenis ikan, kerang dan kepah. 

JODOHKU SUPERSTAR 4




Bab 4



SELESAI aku solat zohor, aku terdengar suara memanggil-manggil namaku. Ketika menanggalkan telekung solat, aku amati suara itu. Tijah? Cepat-cepat aku tanggalkan telekung solat dan berlari keluar dari bilik. Aku intai dari celah tingkap. Aku lihat Tijah terjengah-jengah kepala. Tanpa membuang masa, aku menangkap telekung yang aku sangkut di penyangkut dan sarung ke kepala.

JODOHKU SUPERSTAR 3


Bab 3



AKU dan mama mula bersiap untuk bertolak ke Perak. Sebelum itu, mama sempat mengira stok produknya. Katanya semalam dia terima tempahan. Kalau sempat, lusa dia nak hantarkan.

JODOHKU SUPERSTAR 2


Bab 2



I quit! Aku letak jawatan daripada MYG Holdings dengan notis 24 jam. Aku tak nak lagi bekerja dengan orang-orang yang suka iri hati dengan orang lain. Aku nak bekerja di tempat yang tenang dan aman tanpa ada perkara-perkara macam itu. Aku mula meneropong kerja-kerja kosong. Sekurang-kurangnya taklah lama aku menanam anggur di rumah. 

JODOHKU SUPERSTAR 1

Assalamualaikum... jemput baca e-novel Jodohku Superstar





Bab 1


“DHIYA, tolong taip balik financial report ni!” 

Pap! Fail dihempas atas meja. Pemilik suara terus pergi. Tak sempat tengok muka dalam kesibukan tetapi suaranya dapat aku cam.

“Dhiya, dah fotostat agenda meeting petang ni? Nak cepat tu.” Si setiausaha pula bertanya.